Breaking
Loading...
Home » » Siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis

Siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis


Siri Bercakap Dengan Jin

Siapa tahu novel seram nie, tak silap Mat Jo popular pada era 80an lagi. Abang Mat Jo minat buku nie dan dia ada beberapa koleksi novel nie.

SBDJ (singkatan untuk Siri Bercakap Dengan Jin) ditulis oleh Tamar Jalis atau nama sebenar beliau ialah Encik Ahmad Mahmud. Novel bergenre seram ini telah mencetus fenonema dalam industri majalah. Disebabkan populariti novel ini, majalah kecil Variasari (SBDJ diterbitkan dalam majalah ini) dicetak sehingga 120, 000 naskhah sebulan.

Banyak tu 120, 000 naskhah sebulan kalau diikutkan pada era 80an.

Walaupun novel seram ini sangat popular, namun tiada seorang pun pernah melihat muka sebenar penulis novel ini. Setelah 30 tahun, Encik Ahmad Mahmud menyepi diri, akhirnya dia muncul di khalayak ramai.Beliau berasal dari Beruas, Perak dan mempunyai seorang isteri yang bernama Maznah Mohd Isa.



Macam mana wujudnya idea untuk menulis novel ini. Menurut penulis SBDJ, hampir 60% cerita dalam SBDJ adalah benar dan merupakan pengalaman penulis sendiri. Penulis mempunyai seorang datuk, Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah dimana mempunyai kepakaran sebagai seorang pengamal perubatan tradisional. Jadi diusia kanak-kanak hingga la remaja, penulis selalu berdamping dengan datuknya. Beliau selalu mengikut datuknya pergi merawat orang sakit khususnya gangguan makhluk halus. Pengalaman beliau mendengar dan melihat orang kena rasuk mencetus idea untuk menghasilkan sebuah novel bergenre seram,

Kenapa Mat Jo mengungkit pasal SBDJ,

saje je, he

Disebabkan abang Mat Jo minat novel nie, dia suruh Mat Jo cari versi e-book punya. Alhamdulillah, Mat Jo jumpa dan telah mendownloadnya. Kalau korang nak, nanti Mat Jo upload untuk korang.

Jom kita baca SBDJ bersama-sama, tapi baca sekadar hiburan sahaja jangan terlampau mempercayainye ye, he







Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013. Matjo - All Rights Reserved | Copyright © 2017 Matjo | Template Edit By Matjo