Header Ads

Disqus Vs IntenseDebate




Disqus dan IntenseDebate, dua nama yang tidak asing lagi dalam applikasi komen untuk blogger,wordpress mahupun website. Kedua-duanya antara applikasi komen paling banyak dipakai oleh blogger.

Kenapa Mat Jo tiba-tiba sentuh pasal topik nie??

Haaaa, sebab Mat Jo sedang mencari applikasi komen terbaik untuk diletak di blog santai Mat Jo. Tujuannya, memudahkan kawan-kawan blogger Mat Jo untuk mengomen habis-habisan di blog Mat Jo, he.

Jadi bermula la pengembaraan Mat Jo mencari applikasi komen. Kalau korang perasan, blog Mat Jo hari nie pelik cikit terutama bahagian komen-mengomen. Bukan apa, siang tadi, Mat Jo tengah "try and error" setiap applikasi komen.

Macam banyak je Mat Jo cuba, aish,
jangan terpedaya, Mat Jo cuba dua je, disqus dengan intensedebate. Tu pun selepas Mat Jo baca ulasan geng-geng mat salleh pasal applikasi nie.

Tidak dinafikan dua-dua applikasi ada kelebihan dan kelemahan. Meh Mat Jo ulas sedikit pasal dua applikasi nie selepas bertapa dekat blog mat salleh.


Kelebihan
  • Mempunyai banyak pilihan ID untuk mengomen. Korang boleh mengomen guna ID google ke Facebook ke Twitter dan banyak lagi, ataupun nak jadi seseorang yang misteri muncul untuk mengomen.
  • Grafik nampak ringkas dan jelas.
  • Terdapat kemudahan dimana terdapat ringkasan tentang apa aktiviti dan kenapa ramai orang menyertai perbincangan tersebut, jadi kita yang tak tahu pe-pe boleh baca ringkasan tu dan sertai mengomen.
  • Applikasi masih praktikal kalau menggunakan internet kat telefon pintar korang. Bak kata orang, tulis status baru dekat FB, tut tut "by mobile"
  • Popular di kalangan pemilik laman web, jadi orang macam kita, ada blog je, boleh tumpang femes pakai appikasi sama, he
 Keburukan
  • "Layout" Disqus tidak boleh diedit seperti Intense Debate, tidak boleh menambahbaik "layout" Disqus mengikut selera hati
  • Masa diambil untuk mengedit CSS untuk Disqus lama.
  • Kekurangan di segi Bantuan teknikal, kekurangan informasi mengenai pengetahuan asas terutama bahagian Bantuan CSS.





Kelebihan
 

  •  Sistem mengomen yang telah dinaiktaraf dimana seseorang boleh terus mengomen secara terus komen orang dan pemilik blog akan dapat peringatan melalui emel mengenai komen baru dan sebagainya (disqus pun ada sistem camni). Boleh letak emo dan cek tatabahasa (chewah)
  • Pemilik blog boleh tapis komen dengan menggunakan sistem "auto-filter" melalui kata-kata tertentu (keyword la). Boleh guna senarai hitam penggomen (sesuai untuk lelaki/perempuan untuk memblok pengomen yang asyik tanya nombor H/P je, he) atau senarai hitam komen mengandungi kata-kata terlarang ( macam dah set dah kat sistem, perkataan Mat Jo kacak tidak boleh, jadi mana-mana komen ada perkataan itu, automatik kena delete)
  • Ada butang untuk berkongsi entri dengan Facebook dan kroni-kroninya
  • Ada "CommentLuv", boleh tau entri terbaru si pengomen.
  
Keburukan

  • Tidak sesuai untuk kaki SEO, applikasi ini menggunakan sistem Javascript (sistem akan menggurangkan fungsi SEO)
  • Komen dari pengomen akan bersembunyi selagi korang tak klik pada "replies"
  • Gangguan "Bug" menyebabkan tiada notis untuk komen terbaru walaupun jarang-jarang berlaku


Jadi Mat Jo nak tanya pendapat korang, mana lagi bes sebab info yang Mat Jo tulis nie hasil mentelaah laman web mat salleh bukan dari pengalaman sendiri. Bagi sesiapa yang dah pakai applikasi nie boleh la berkongsi dengan Mat Jo kelebihan dan keburukan applikasi nie. 

Mat Jo menunggu pendapat korang!!!!, he

P/s: Buat masa sekarang, Mat Jo pakai Disqus, nak cuba pakai IntenseDebate tak kuar kat blog (maklum lah, budak mentah dalam html, he)


 




No comments:

Powered by Blogger.