Header Ads

Jumpa kucing menguap

Mat Jo ada jumpa satu video nie, video pasal kucing menguap, kalau tengok video mungkin korang semua akan rasa lawak. Cuma persoalan Mat Jo la, kalau la, Mat Jo ulang lagi sekali, kalau la kucing camni betul-betul ada dalam dunia realiti kita. 

Mat Jo ada terfikir, apa reaksi kita apabila kita jumpa kucing camni. Mungkin terkejut, tak berkata apa-apa atau sebaliknya, berasa teruja. Dalam kotak pemikiran Mat Jo, ada termain beberapa reaksi yang mungkin terjadi jika jumpa kucing macam nie

Situasi untuk Golongan 1 ( Bagi sesiapa yang gemar kucing macam Mat Jo)


  • Terkejut untuk beberapa saat dan pergi tangkap kucing tu
  • Pandang kucing tu lama-lama untuk dengar kali kedua kucing menguap "bernada" (untuk kepastian)
  • Ataupun panggil kucing ke mari dan ambil bawa balik ke rumah (kalau dah ada pemilik, jangan la pula kebas kucing tu, kesian pemilik dia)
Situasi untuk Golongan 2 ( Bagi sesiapa yang takut kucing )
  • Terkejut dan terus pengsan
  • Tak sempat kucing nak menguap, dah cabut dah (nie memang takut bebenor dengan kucing nie, he)
Nie senarai situasi yang bermain di fikiran Mat Jo, reaksi korang pula macam mane. Apa kata korang tengok dulu, baru korang kongsi dengan Mat Jo, he



Haaaaaa, macam mana reaksi korang, meh kongsi meh, he

P/s : sememangnya kucing merupakan salah satu makhluk yang comel, manja dan pelbagai lagi dan Mat Jo memang sangat suka dekat spesies nie, he (jangan marah ye, geng anti-kucing)

2 comments:

Powered by Blogger.