Siri
Bercakap Dengan Jin berbentuk
memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat
Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya
dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel
mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu
beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu
merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan
tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara
makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya
bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali
datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.
No comments: